Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan

October 20, 2023 · Isu semasa

Ketua Muslimat PAS Sungai Petani Taibah Sulaiman, 61, antara tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua motosikal di Kilometer (KM) 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Behrang pada 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata turut terkorban Ketua Unit Khas Wanita Muda PAS Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23, dan Penolong Setiausaha 1 PAS Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27, menurut laporan Bernama.

Mohd Hasni berkata ketiga-tiga mangsa yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam, Selangor.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kereta mangsa telah berhenti di lorong kecemasan dan ketiga-tiga mereka turun bersama tiga pemandu kenderaan lain untuk membantu mangsa kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah.

“Lima minit kemudian datang Toyota Altis dari arah sama di lorong kanan yang telah hilang kawalan lalu terlanggar lima mangsa menyebabkan kesemua mereka terhumban ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hasni kemalangan itu menyebabkan Taibah dan Fatihah Nabila maut di tempat kejadian, manakala Nurul Najihah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Slim River dan mangsa lain hanya cedera ringan.

Beliau berkata kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, katanya pemandu Toyota Altis ditahan 24 jam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Pasangan kekasih didakwa membunuh
July 14, 2022
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok