Jangan amal politik dendam, titah Tuanku Muhriz kepada wakil rakyat

October 9, 2023 · Isu semasa

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini supaya tidak berbalah dan mengamalkan politik dendam, sebaliknya fokus kepada agenda membangunkan negeri dan menyejahterakan rakyat.

Baginda menegaskan mandat diberikan oleh rakyat merupakan amanah yang perlu diterjemahkan dengan penuh tanggungjawab, lapor Bernama.

“Jangan berbalah dan mengamalkan politik dendam yang akhirnya menyimpang daripada matlamat utama untuk memajukan negeri yang tercinta ini,” titah baginda pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang ke-15 hari ini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Tuanku Muhriz bertitah kewajipan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabiliti serta mengutamakan kepentingan negeri tanpa ada agenda kepentingan politik atau peribadi.

Baginda bertitah semua ahli politik perlu sensitif dengan hasrat dan pandangan rakyat yang disuarakan menerusi pelbagai ruang dan platform yang tersedia.

“Ketahuilah bahawa kamu sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan intelektual atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama dengan mematuhi peraturan tetap Dewan sepanjang persidangan berlangsung.

“Beta mengingatkan ahli-ahli dewan yang mulia ini agar sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Muhriz bertitah perkara utama perlu dilihat adalah masalah rakyat yang masih dibelenggu dengan isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Baginda bertitah kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang dan memperoleh bekalan makanan mencukupi.

“Untuk tujuan ini, pelbagai program pemerkasaan ekonomi rakyat dilaksanakan meliputi pembangunan tanah terbiar, bantuan modal perniagaan, pensijilan industri halal kotej, bantuan peralatan tangkapan ikan kepada nelayan pantai, pemberian elaun sara hidup bulanan
kepada pelajar universiti, pemberian subsidi Rumah Harapan dan sebagainya.

“Di samping itu juga, kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin bagi menangani isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan asas. Melalui inisiatif ini, rakyat di negeri ini dapat membeli barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran,” titah baginda.

Berita berkaitan
MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain
October 30, 2023· Isu semasa
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
22 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
22 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok