‘Saya tak nikah Rina Harun’

October 18, 2022 · Isu semasa

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini (18 Oktober 2022) menafikan mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.

Penafian itu termasuk dakwaan beliau bernikah dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, menurut laporan Awani.

Tegas Setiausaha Agung PAS itu, perkahwinan merupakan isu yang sangat peribadi bagi setiap individu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.

“10 tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya… saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” kata Takiyuddin, mengulas desas-desus beliau bernikah lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu, hari ini.

Beberapa hari lalu media melaporkan Takiyuddin berteka teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.

Media memetik Takiyuddin sebagai berkata isteri beliau merupakan seorang pengundi di Malaysia.

“My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
23 jam lalu· Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok