Dibebaskan Mahkamah Tinggi, Muhyiddin mohon DNAA bagi tiga pertuduhan

October 4, 2023 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan supaya Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Muhyiddin, 76, memfailkan notis permohonan itu pada Isnin lepas, memohon supaya mahkamah mengetepikan ketiga-tiga pertuduhan tersebut, lapor Bernama.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan alasan permohonan antaranya pada 15 Ogos lepas Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebaskannya daripada kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) kerana ia tidak berasas berikutan tidak mendedahkan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Memandangkan pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen itu termasuk pertuduhan pertama adalah tidak diperuntukkan oleh undang-undang dan tidak berasas, maka saya sesungguhnya percaya bahawa pertuduhan-pertuduhan pengubahan wang haram yang berpaksikan kesalahan prediket juga adalah tidak berasas,” katanya dalam permohonan itu.

Muhyiddin mendakwa tidak wajar dan tidak adil untuk beliau terus menghadapi pendakwaan serta perbicaraan bagi pertuduhan pengubahan wang haram kerana proses perbicaraan yang panjang akan menjejaskan kualiti kehidupannya.

“Oleh itu, saya percaya bahawa hak saya di bawah Fasa 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan akan terjejas sekiranya permohonan ini tidak dibenarkan dan saya dipaksa untuk menghadapi perbicaraan bagi pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas. Saya juga percaya bahawa pihak responden (pendakwa raya) tidak akan diprejudiskan sekiranya permohonan ini dibenarkan,” katanya.

Presiden Bersatu itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama terhadap keputusan itu dan pendengaran rayuan tersebut ditetapkan pada 28 dan 29 Feb 2024.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Senarai calon PN di semua 28 kerusi PRN Melaka
November 8, 2021
Zahid tuduh BN diugut, cuba pujuk MIC
April 3, 2021
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Kenaikan OPR tak jejas peluang dalam PRN, kata Rafizi kepada Hassan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok