UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid

October 3, 2023 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) dijangka meletak calon mereka sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan nanti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata memberi bayangan tersebut susulan keputusan PAS yang tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan calonnya, Che Alias Hamid.

Meskipun potensi kemenangan di kerusi itu tipis, Zahid berkata sebagai parti bermaruah, BN akan mencuba nasib bagi mengurangkan majoriti yang diperolehi PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor Bernama.

“Majoriti yang diperoleh bekas Ahli Parlimen sebelum ini adalah lebih 27,000, sebagai parti bermaruah walaupun potensi kelam, dengan (dapat) mengurangkan majoriti pun sudah cukup baik,” katanya.

Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membenarkan petisyen BN yang difailkan terhadap Che Alias, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai PAS dalam PRU15 di Parlimen Kemaman pada 19 Nov tahun lepas.

Pada PRU-15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi.

Beliau menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) yang masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok