Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal

October 1, 2023 · Isu semasa

Kejatuhan nilai ringgit pada minggu lepas dilihat membimbangkan apabila ia mencecah ke paras RM4.70 berbanding dolar.

Situasi nilai mata wang tempatan akan memberi tempias kepada rakyat yang sudah bergelut dengan kenaikan harga barang dan bekalan makanan asas seperti beras pun sukar untuk dibeli, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Pembangkang berkata jika ekonomi parah, ia akan memberi kesan kepada rakyat lebih-lebih lagi hampir 52.3 peratus daripada keperluan makanan negara diimport.

Ujar beliau, kerajaan didakwa masih lagi kaku dan beku dalam menangani isu tersebut.

“Selama tiga hari berturut-turut ringgit menjunam ke paras melepasi RM4.70.

“Pada Rabu dan Khamis lalu ringgit terpelosot kepada RM4.71. Pagi ini nilai ringgit masih RM4.70.

“Ingatlah, rakyat nak melihat hasil dan kerajaan ini pun sudah hampir setahun memerintah. Buatlah kerja dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Larut itu berkata, selain penyusutan nilai ringgit, negara juga masih berdepan dengan krisis bekalan beras serta isu kenaikan harga barang yang belum selesai.

“Langkah-langkah intervensi segera yang konkrit dan komprehensif tidak dibuat tetapi yang dia galak hanyalah mencipta alasan demi alasan.

“Bila isu bekalan beras timbul, idea luar kotak menteri hanyalah suruh rakyat ubah sikap, kurangkan permintaan agar bekalan terjamin dan kurangkan makan di luar rumah supaya kos sara hidup dapat dikurangkan.

“Kalau beginilah cara negara diurus, janganlah salahkan mana-mana pihak jika ada yang melabelkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) ini kerajaan gagal,” ulasnya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
March 23, 2023
Pasangan kekasih didakwa membunuh
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok