Hakim baharu ketuai kes Rosmah

March 23, 2023 · Isu semasa

Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar di hadapan hakim baharu hari ini (Khamis, 23 Mac 2023).

Hakim K Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini, lapor Bernama.

Pada prosiding hari ini, peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan mahkamah bahawa mereka menarik balik permohonan untuk melucutkan kelayakan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, memandangkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu meninggal dunia pada akhir Januari tahun ini.

Memandangkan perkara itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan itu.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 15 hari bermula 12 Mei tahun ini untuk perbicaraan. Selain 12 Mei, mahkamah turut menetapkan 28 dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos; dan 7 dan 8 September 2023.

Pada prosiding hari ini, tarikh perbicaraan 27 Julai dikosongkan kerana Geethan Ram mempunyai kes di Mahkamah Rayuan pada hari itu.

Sementara itu, Poh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi.

Rosmah, 70, menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017, dan di LHDN Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
16 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Kes rasuah: SPRM buat dakwaan tak berasas, kata Guan Eng
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
32 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok