Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX

September 29, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, lapor Bernama.

“Saya berbincang dengan Gabenor BNM semalam. Mengikut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan.

“Yang penting, tidak bebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran ‘Postnormal Times’ di KL Jazz and Arts Centre di sini, hari ini.

Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Mengulas desakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menghapuskan yuran transaksi berkenaan, Anwar berkata ia perlu ditangani BNM.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi hanyalah pertemuan mesyuarat pasca-Kabinet mingguan biasa.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Stres jejaskan produktiviti
November 27, 2021
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok