Stres jejaskan produktiviti

November 27, 2021 · Isu semasa

Menjalankan tugas harian di pejabat banyak memerlukan kesabaran kerana tidak semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Adakalanya sesuatu yang di luar jangkaan berlaku dan di sinilah terserlahnya kemahiran anda mengendalikan situasi tersebut.

Ada yang berasa seronok menghadapi cabaran baru dan mencari langkah untuk menyelesaikan tugas tersebut. Namun tidak kurang juga yang akan melenting dan bersungut kerana terpaksa berfikir dan berusaha lebih sedikit. Apabila keadaan ini berlaku, segala perasaan tertekan atau stres ini akan berkumpul dan terperangkap di dalam tubuh.

Itu belum lagi suasana sekeliling yang banyak mempengaruhi keadaan kita bekerja. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menjejaskan cara kita berfikir dan mengakibatkan berbagai-bagai penyakit seperti darah tinggi, sakit dada, sengal-sengal badan dan macam-macam lagi.

Masalahnya adakah anda sedar bahawa anda mengalami stres dan memerlukan penyelesaian?

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh, walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.

“Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari ia juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda,” ujarnya.

Berdasarkan pengalaman Dr. Nor Hamidah, kebanyakan kes stres berpunca daripada masalah di tempat kerja. Ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporakperandakan perkahwinan itu sendiri.

Justeru, beliau berharap masyarakat akan sedar bahawa stres yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Beliau menjelaskan, apabila seseorang mengambil berat tentang kesihatan mental, ia membantu untuk merasa lebih sihat secara fizikal. Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara itu saling berkait.

“Seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti,” katanya.

Dr. Nor Hamidah menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya mengambil masa untuk rehat dan berbincang dengan saudara atau teman terdekat.

“Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti menyedarinya.

“Jika anda mengalaminya di tempat kerja, anda boleh berkongsi dengan rakan sekerja. Seandainya ada yang menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi. Ini kerana ubat bukanlah penyelesaian bagi stres,” katanya.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan mental dari sudut kebaikan dan keburukan.

Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.

“Sebab itulah setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak mengganggu produktiviti pekerja.

“Kita lihat banyak kejayaan menerusi pelaksanaan pengurusan stres di pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada 1995, Perkhidmatan Salah Tingkah Laku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja menurunkan 35 peratus masalah stres pekerja dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus,” ujarnya.

Justeru tegasnya, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.

Kebiasaannya, pekerja yang berhadapan dengan stres akan diberi cuti sakit sehingga seminggu. Jika kes serius berlaku, rawatan boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan.

“Ini penting untuk mengurangkan berlakunya beberapa masalah penyakit seperti darah tinggi, lelah, masalah kulit yang teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema, serangan jantung, sinus atau resdung, hilang fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migrain, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala dan kemurungan,” katanya.

Oleh itu, kenali diri anda dan pastikan stres tidak berada pada tahap yang tinggi. Jangan sombong atau malu sekiranya anda mengalami stres kerana ia proses kehidupan yang semula jadi.

Anda sendiri perlu bijak mengatasinya untuk mengelakkan masalah stres ini berlarutan.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
June 4, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Terima realiti kehilangan kurangkan rasa hiba
February 23, 2023· Isu semasa
Melancong, beriadah redakan stres
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok