Polis sahkan Dr Mahathir disiasat lagi, isu hina institusi diraja

August 30, 2023 · Politik

Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Bekas perdana menteri dua kali itu hari ini dirakam kenyataan hari ini, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Siasatan dijalankan ke atas Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja, yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lalu.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, USJT turut mengambil keterangan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes masih pada peringkat siasatan, justeru orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

“Elak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan, terutama membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja),” katanya.

Terdahulu, Bukit Aman dilaporkan sekali lagi merakam percakapan Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau sebelum ini mengenai proklamasi orang Melayu.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam satu rakaman video, hari ini, memaklumkan proses itu dijalankan di Yayasan Albukhary selama kira-kira jam 30 minit bermula jam 3 petang tadi.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok