Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia

August 29, 2023 · Isu semasa

Bekas Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof meninggal dunia pukul 8.10 malam tadi, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen bagi penggal 2004 hingga hingga 2008 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun, menurut laporan Bernama.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) atau kini dikenali sebagai Institut Tun Perak (ITP).

Anak kedua Allahyarham, Nur Adawiah berkata jenazah bapanya akan diuruskan di kediamannya di Padang Temu, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu pada 11 pagi ini.

“Allahyarham mengalami beberapa penyakit seperti jantung dan kencing manis dan terlantar sakit sejak Disember lalu dan sering keluar masuk hospital.

“Sejak beberapa hari lalu, kesihatannya agak merosot dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keadaannya semakin lemah tengah hari semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar kira-kira 8.10 malam,” katanya ketika dihubungi media.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Rozana Samsudin, 66, tiga orang anak dan enam cucu.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital
July 23, 2023· Isu semasa
Salahuddin Ayub meninggal dunia
July 23, 2023· Isu semasa
ADUN Belantek, Mohd Isa meninggal dunia
June 15, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok