Rosmah tak bekerja semasa melakukan pengubahan wang haram: Pendakwaan

August 24, 2023 · Isu semasa

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bekerja ketika melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata Rosmah ketika itu mendepositkan cek membabitkan jumlah besar ke dalam akaun Affin Bank miliknya.

Katanya, wang berkenaan didepositkan dengan bantuan Pengurus Kediaman Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, Roslan Sohari.

“Wang terbabit digunakan Rosmah untuk membayar bil telefon dan kad kredit miliknya serta ahli keluarga.

“Tindakan itu dibuat menerusi cek ditandatanganinya,” katanya dipetik laporan BH.

Ahmad Akram berkata demikian ketika membaca kenyataan pembukaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, hari ini.

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober 2018, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kenyataan pembukaan itu juga, Ahmad Akram juga berkata akan membuktikan Rosmah memberi kenyataan palsu berhubung wang dimasukkan dalam akaunnya ketika disoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad Akram berkata, pihaknya akan mengemukakan kenyataan direkodkan daripada Rosmah mengikut Seksyen 32(3) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Menjadi kes pendakwaan apabila keseluruhan keterangan dipertimbangkan secara menyeluruh, tindakan tertuduh (Rosmah) menyokong kesimpulan yang tidak dapat ditolak bahawa deposit dipersoalkan adalah hasil aktiviti menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLA.

“Bukti dikemukakan pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa deposit berkenaan hasil aktiviti haram,” katanya lagi.

Ahmad Akram berkata, Rosmah tidak mengisytiharkan wang depositnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti dikehendaki undang-undang.

“Tertuduh melanggar Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967, kesalahan di bawah AMLA.

“Oleh itu, perlakuan Rosmah adalah satu kesalahan yang serius atas aktiviti menyalahi undang-undang iaitu pengubahan wang haram,” katanya lagi.

Beliau berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 2013 dan 2018.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Hakim itu juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
KKM bangunkan sistem kumpul data kes bunuh diri
October 14, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok