Calon PN pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Jeram diumum minggu depan

August 20, 2023 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan.

Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut, menurut laporan Bernama.

“Setakat ini memang nama-nama itu dah ada, jadi peringkat pusat yang akan membuat keputusan. Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja.

“Dalam senarai calon-calon yang kita hantar di peringkat pusat, ada yang daripada golongan profesional serta pemimpin masyarakat, yang memang dikenali di dua kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi dua PRK tersebut berkata mesyuarat hari ini bagi merangka gerak kerja PN, dalam menghadapi PRK berkenaan.

Selain itu, beliau berkata jawatan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PRK digalas Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.

Difahamkan majlis pengumuman calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan, dijangka dibuat dalam kawasan Parlimen Pulai.

Sebelum ini, Dr Sahruddin dilaporkan telah menghantar 15 nama ke pusat untuk dinilai sebagai calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Sultan tak perkenan bubar DUN Perak, keputusan kemudian: MB
October 12, 2022
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok