Ia hanya spekulasi, kata ADUN UMNO berhubung lantikan jawatan Timbalan KM P. Pinang

August 17, 2023 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memainkan peranan aktif sebagai ahli ‘backbenchers’ (penyokong) kerajaan negeri Pulau Pinang.

Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, katanya, beliau akan memainkan peranan beackbenchers tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Bernama.

“Sekarang negeri ini memerlukan backbencher yang kuat dan saya akan memainkan peranan itu dalam DUN,” katanya bagi mengulas pembentukan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang semalam.

Reezal Merican, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, mengalu-alukan pembentukan barisan exco komposisi campuran muka lama dan baharu yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.

Ditanya mengenai desas-desus pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang tular di media sosial semalam, Reezal Merican menyifatkan ia sebagai spekulasi.

Katanya, beliau sentiasa akur dan setuju dengan keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi kerana kesetiaannya kepada parti.

“Saya anggap spekulasi ini adalah harapan oleh netizen kerana saya adalah bekas menteri tapi kita kena faham gelanggang di peringkat negeri ini berbeza dan saya dianggap sama sahaja seperti yang lain.

“Saya tidak mengambil serius spekulasi itu,” katanya.

Reezal Merican menegaskan bahawa keutamaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah untuk menebus kekalahannya di Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRN Pulau Pinang, Sabtu lalu, Reezal Merican menewaskan penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq calon dari Perikatan Nasional (PN) di DUN Bertam dengan majoriti 2,321 undi.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok