Lagu penyamun ‘Hoi Ya Hoi’ berkumandang di pentas ceramah PN Selangor

August 11, 2023 · Politik

Lagu penyamun yang dipopularkan penyanyi, Altimet pada pilihan raya umum lalu, ‘Hoi Ya Hoi’ berkumandang lagi di pentas ceramah Perikatan Nasional, malam ini di Taman Melawati.

Ia dinyanyikan ketika calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap.

Penyokong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyanyi bersama-sama ketika lagu yang digunakan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu untuk menghentam UMNO-BN sepanjang berkempen PRU-15 sebelum akhirnya mereka berkawan dalam kerajaan campuran hari ini.

“Sekarang siapa yang kawan dengan penyamun? Siapa yang dakap, angkat penyamun? Tapi kalau dengar ucapan dia malam tadi, sikit-sikit sakau, sakau, sakau.

“Anwar, kamulah kepala sakau! Satu undi untuk PH adalah satu undi untuk kleptokrat, perasuah, perompak,” kata Mohamed Azmin Ali ketika berucap pada Grand Finale PN Selangor Bangkit Gemilang.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yakin PN Selangor akan mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di Negeri Selangor.

Beliau juga melihat kehadiran penyokong yang ramai di Taman Melawati malam ini pada pecutan terakhir kempennya sebelum hari pengundian adalah manifestasi sokongan yang bakal diterjemahkan di kertas undi, esok.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Ciapan gambar Wan Azizah bersama PM di Dewan Rakyat sebaik pulang dari Turkiye
February 17, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Doa bagi saya lama sikit, kata PMX kepada rakyat
April 20, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok