Pelakon filem Anwar sah bercerai dengan Diana, secara online

August 10, 2023 · Isu semasa

Pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sah bercerai talak satu hari ini selepas berbulan-bulan turun naik mahkamah.

Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, yang juga pelakon utama filem Anwar : The Untold Story melafazkan talak tersebut menerusi panggilan video susulan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie Hakim Syarie, Shukran Yusof dan kira-kira pukul 3.22 petang.

“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” lafaz Farid secara atas talian.

Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson, 32, kelihatan tenang ketika lafaz dibacakan.

Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan sebelum itu memberitahu pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju melafazkan talak.

Dalam pada itu, Fakhrol memaklumkan Farid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan susulan baru pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini.

“Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19.

“Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Diana memfailkan tuntutan cerai pada awal Mac lalu namun dalam Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu.

Pasangan ini juga telah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) seperti yang telah ditetapkan mahkamah namun gagal menemui jalan penyelesaian.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kertas cadangan eksport daun ketum sedang disiapkan: MB Kedah
May 18, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok