Kertas cadangan eksport daun ketum sedang disiapkan: MB Kedah

May 18, 2022 · Isu semasa

Kertas cadangan berkaitan permohonan mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah telah siap dan akan diperhalusi dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kertas cadangan itu akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang kemungkinan pada minggu hadapan untuk dibentangkan sebelum ia dihantar kepada Kerajaan Persekutuan.

“BPEN maklum kertas cadangan itu sudah disiapkan tetapi saya sendiri masih belum lihat lagi. Mungkin minggu hadapan ia akan dibawa masuk dalam mesyuarat untuk dibincangkan sebelum pemohonan berkenaan dapat dihantar.

“Kita mohon sahaja, kerajaan Persekutuan akan pertimbangkan kebenaran untuk eksport dengan dalil yang ada dalam kertas cadangan itu dan kalau kerajaan Persekutuan kata ‘tidak sama sekali’, memang ‘tidak sama sekalilah’. Tiada jalan juga, jadi kita kena tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar. hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung kertas cadangan dibuat oleh BPEN untuk mengeksport daun ketum ke negara luar yang akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan.

Pada Mac lepas, Muhammad Sanusi mencadangkan Kerajaan Persekutuan supaya dapat membenarkan kegiatan mengeksport daun ketum ke luar negara terutamanya ke Thailand untuk tujuan perubatan sebagai langkah mengekang kegiatan penyeludupan ketum.

Beliau berkata apabila cadangan untuk mengeksport daun ketum itu dibangkitkan ia bukan bermakna beliau mahu menyuruh rakyat di negeri ini menanam ketum dengan lebih banyak sebaliknya hanya mahu menyelesaikan isu penyeludupan.

“Ketum ini memang sudah sedia ada dan jumlahnya pun sedia banyak. Apabila bercakap mengenai mahu eskport ketum ini, bukan bermaksud saya suruh rakyat Kedah teroka tanah baharu dan tanam pokok itu, kita cuma mahu selesaikan isu penyeludupan sahaja.

“Terdapat juga dakwaan berlaku penanaman ketum secara besar-besaran di kawasan tertentu tetapi ia bukan perkara baharu. Memang tidak salah hendak tanam ketum tetapi ia jadi kesalahan bila petik ketum itu, jadi nasihat saya kepada rakyat Kedah tidak perlulah tanam sebab sudah banyak,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Tak perlu kalut nak PRU, tunggu habis penggal: Sanusi
June 1, 2022· Politik
Kerajaan henti eksport 3.6 juta ekor ayam mulai 1 Jun: PM
May 23, 2022· Isu semasa
KSM minta ILO, Kedutaan AS maklumkan siasatan buruh paksa
April 21, 2022· Isu semasa
PM beri respon positif isu ganja dan ketum selepas pertemuan: KMC
April 12, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
10 minit lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
34 minit lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok