Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia

July 25, 2023 · Isu semasa

Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada semua pekerja, eksekutif dan bukan eksekutif yang berumur 50 tahun ke atas akan dilaksanakan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Pengumuman VSS itu diumumkan TM dalam satu kenyataan hari ini dan ia adalah terbuka untuk semua pekerja dan inisiatif kumpulan itu telah menerima maklum balas positif daripada pekerja.

TM menawarkan pekerja dengan pilihan untuk persaraan awal atau peluang untuk beralih ke laluan kerjaya yang berbeza.

“Skim ini dilakukan atas dasar sukarela sepenuhnya. TM tidak menetapkan sebarang sasaran untuk VSS ini,” katanya.

TM berkata, kumpulan juga melaksanakan libat urus bersama dengan kesatuan sekerja dan pekerja yang berpotensi mengambil VSS untuk memastikan ketelusan dan persefahaman bersama.

Katanya, berdasarkan pelaksanaan tawaran sukarela yang lalu, ia mendapat maklum balas positif, menunjukkan terdapat minat ketara daripada segmen tertentu tenaga kerja syarikat itu.

“Di TM, kesejahteraan dan masa depan pekerja kami kekal penting kepada nilai kumpulan. Kami tidak berbelah bahagi dalam komitmen terhadap kebajikan keseluruhan dan cita-cita kerjaya mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
PRN: Majikan tak benar pekerja undi berdepan tindakan
July 11, 2023· Politik
Sekarang PMX kata kerajaan belum bincang pula kenaikan 20% caruman KWSP
May 8, 2023· Isu semasa
SPRM tahan dua pegawai kedutaan Malaysia di Bangladesh, beku akaun
April 20, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok