Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?

June 8, 2023 · Isu semasa

Usul isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul daripada dibahaskan.

Keputusan menolak usul LCS itu dilihat agak berbeza dengan sikap Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang kerap membangkitkan berhubung skandal tersebut.

Bagaimanapun, selepas menjadi kerajaan bersama UMNO, nampaknya perkara tersebut seakan cuba disenyapkan secara tiba-tiba, kata
Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq memberitahu usul tergempar yang dibawanya itu ditolak atas alasan ia “bukan kepentingan orang ramai” dan “bukannya keperluan yang mendesak”.

“Saya ingin mohon perkara ini dipertimbangkan semula, saya faham kalau ikut Peraturan Mesyuarat Parlimen, sesuatu keputusan (oleh speaker) tidak boleh dibangkit semula, cuma ada budi bicaranya, di mana jikalau tidak dibenar dibicarakan di sini, boleh dibawa ke kamar khas supaya isu ini dapat dijawab dengan lebih mendalam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu itu dibangkitkan ketika Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menjawab soalan ahli-ahli Parlimen berhubung isu LCS.

Menurut Syed Saddiq, tempoh lima minit yang diperuntukkan untuk Adly menjelaskan isu LCS adalah tidak memadai memandangkan kerumitan perkara itu.

“Jika ini bukanlah perkara yang mendesak, tetapi kerap dibincangkan daripada sebelum pilihan raya umum, semasa pilihan raya, malah selepas pilihan raya.

“Tidak ada pendakwaan tambahan, wang berbilion ringgit telah dibelanjakan, satu kapal pun belum sampai.

“Dan sekarang jumlah kapal pun telah dikurangkan. Saya berharap tuan speaker boleh pertimbangkan kerana jelas isu LCS ini adalah isu mendesak, isu rakyat, melibatkan berbilion ringgit duit rakyat, isu kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya lagi.

Terdahulu, Adly ketika menjawab soalan MP Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menjelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk membayar tambahan RM2.1 bilion bagi menyambung semula projek LCS yang tertangguh selama beberapa tahun.

Mengikut perjanjian tambahan baharu yang ditandatangani antara kerajaan dan pembuat kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bulan lepas, Putrajaya juga bersetuju supaya bilangan kapal dikurangkan daripada enam kepada lima.

Jumlah kontrak pada mulanya berharga RM9 bilion untuk enam kapal.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok