Kerjasama dengan Dr M semula: PAS, Muhyiddin senada

June 6, 2023 · Politik

Kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menjalin kerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili PN secara keseluruhannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PAS sebagai komponen PN turut senada dengan kenyataan Muhyiddin itu.

“Kita (PAS) sebahagian daripada PN…apabila Pengerusi PN kata (sedia), kita (PAS) siap kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat sama untuk kestabilan negara, kestabilan ekonomi…tak ada masalah.

“Termasuk Tun (Dr Mahathir)…dia adalah negarawan,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Ahli Parlimen PN di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Munyiddin menyatakan kesediaan kembali bekerjasama dengan mana-mana tokoh Melayu Islam demi membela agama, bangsa dan negara termasuk Dr Mahathir.

Ia susulan kenyataan Dr Mahathir yang kini menggerakkan Proklamasi Orang Melayu dilaporkan sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pagoh itu sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat sama setelah lebih tahun bermusuhan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin bagaimanapun berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir tidak dilihat semata-mata untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

“Jika dilihat semula, PAS sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Tun.

“Semasa beliau jadi Perdana Menteri bersama PH (Pakatan Harapan) dulu pun…PAS pernah buat kenyataan untuk menyokong usul undi percaya terhadap Tun,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok