Hassan akui dikecam penyokong PMX, enggan jadi pembodek

June 5, 2023 · Politik

Kecaman daripada penyokong Perdana Menteri (PMX) semakin banyak dan terdapat juga gelaran tidak manis dibuat kepada pemimpin veteran PKR, Hassan Abdul Karim.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mengakui tidak disenangi dikalangan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kelantangannya, bagaimanapun tidak akan berganjak dengan pendirian untuk bercakap benar dan bukan membodek semata-mata.

“Sekarang apabila saya mengkritik Perdana Menteri, saya disuruh letak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Saya didesak keluar parti, dilempar dengan pelbagai tuduhan dan dicop macam- macam, termasuklah gelaran ‘walaun’ dan sebagainya.

“Saya terima dengan terbuka dan sikap ‘gentlemen’. Seorang ahli politik adalah seperti seorang pahlawan di medan perang, dia boleh menyerang dan juga mesti sanggup bertahan apabila diserang.

“Kritikan, teguran dan pandangan politik yang kuat dan keras terhadap lawan atau kawan sendiri adalah ibarat menghunus pedang. Dalam adat pertempuran, barang siapa yang berani menghunus pedang, maka dia juga mesti berani mati di hujung pedang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hassan turut mengakui bahawa beberapa kritikannya khususnya yang disiarkan dalam Utusan Online bertajuk ‘Anwar Ibrahim terlalu bergantung kepada UMNO’ terlalu kritis dan tidak adil bagi pemimpin nombor satu negara itu.

“Tidak adil rasanya jika saya terlalu mengkritik. Jadi, saya mahu beri sedikit pujian ikhlas kepada Anwar, khususnya dalam konteks bahawa kerajaan perpaduan ini lebih prihatin kepada golongan bawahan berbanding kerajaan terdahulu.

“Dalam soal menjaga kepentingan rakyat golongan bawahan, Anwar tidak berubah.

“Dia adalah Anwar yang dahulu yang saya kenal sejak puluhan tahun lalu, ketika dia menyokong perjuangan petani Baling, Kedah yang miskin, golongan setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru dan begitu juga sokongan terhadap perjuangan golongan petani tidak bertanah di bawah pimpinan Hamid Tuah di Telok Gong, Selangor,” jelasnya lagi.

Hassan terdahulu mengkritik Anwar kerana dilihat terlalu bergantungan kepadap UMNO untuk meneruskan penguasaan.

Wakil rakyat kerajaan, Hassan Karim mengibaratkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu seolah-olah belut pulang ke lumpur yang membawa maksud pulang ke tempat asal.

“…Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) tidak mampu memperjuangkan nasib orang Melayu, apatah lagi untuk melindungi mereka kerana nasib Presiden UMNO itu sekarang di mahkamah pun masih belum pasti. Bebas atau masuk ke penjara – seperti yang sedang dialami oleh bekas perdana menteri dan Presiden UMNO sebelum ini, (Datuk Seri) Najib Razak.

“Persoalan terakhir yang penting, sekiranya Anwar terlalu condong ke arah UMNO untuk mendapat jaminan sokongan Melayu Islam melalui UMNO, tidakkah itu ibarat bergayut di ranting yang patah?

“Jika Anwar semacam taksub kepada UMNO sehingga susuk seperti (Datuk) Lokman Noor Adam pun layak dilantik menjadi jurubicara politik kerajaan perpaduan, lalu tidak hairanlah jika ada orang yang mengingatkan kata pepatah, adakah Perdana Menteri Ke-sepuluh ini seperti ‘belut pulang ke lumpur’?,” katanay dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok