Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi

May 31, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman fitnah bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi tempatan Jason Jonathan Lo terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang disiarkan pada 2019 dan 2020.

Jason memfailkan saman itu pada Julai 2021 berkaitan artikel bertajuk ‘Former Telco CEO charged with trespassing, injecting drug into body’ dan ‘Court charges singer Jason Lo & colleague with CBT of RM200,000’, menurut laporan Bernama.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan dalam keputusan yang disampaikan semalam memutuskan bahawa mahkamah mendapati tiada niat jahat dalam artikel terbabit sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.

“Berkenaan artikel pertama yang dipertikai, membacanya secara keseluruhan akan membawa kepada kesimpulan bahawa plaintif telah didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menceroboh dan memasukkan dadah ke dalam badan. Selepas membacanya, mahkamah mendapati plaintif bukan menceroboh sebuah rumah semata-mata untuk memasukkan dadah ke dalam badan.

“Mengenai penggunaan ayat memasukkan dadah ke dalam badan berbanding mengambil dadah dengan menyuntiknya sendiri, adalah penting untuk mengambil maklum bahawa artikel pertama yang dipertikai adalah ditulis bagi memaklumkan orang ramai bahawa plaintif telah didakwa atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Malah adalah jelas daripada artikel itu plaintif telah mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua kesalahan dan dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya.

Menyentuh artikel kedua yang dipertikai, beliau berkata mahkamah mendapati selepas membacanya secara keseluruhan, boleh dilihat sejak awal lagi plaintif tidak mengaku bersalah dan ia dengan jelas menyatakan bahawa plaintif telah didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT).

“Selain itu, artikel tersebut secara khusus menyatakan bahawa plaintif telah dibebaskan dengan jaminan RM30,000. Secara munasabah, ini tidak akan merumuskan bahawa plaintif telah mengaku bersalah. Mengambil kira keseluruhan artikel, ia menyangkal sebarang pemahaman bahawa plaintif telah mengaku melakukan jenayah itu,” katanya.

Raja Ahmad Mohzanuddin Shah berkata sesiapa sahaja yang membaca keseluruhan teks itu akan memahami bahawa plaintif hanya didakwa namun tidak dinyatakan sebagai melakukan jenayah tersebut.

“Membaca artikel kedua sepenuhnya, mahkamah mendapati bahawa tindakan melaporkan Jason telah didakwa atas kesalahan atau jenayah tertentu, tidak boleh dikatakan sebagai memfitnah,” katanya yang memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM15,000 kepada agensi berita itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Jason sebagai plaintif dan tiga saksi defendan.

Perkara itu disahkan oleh peguam Adam Luqman Amdan yang mewakili Bernama.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Hadi kekal MP Marang, mahkamah tolak rayuan petisyen UMNO-BN
November 15, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok