Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh

May 29, 2023 · Isu semasa

Ringgit susut daripada pengukuhannya pada minggu lepas apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan penurunan harga minyak mentah serta jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu pada bulan depan.

Malah, unjuran kenaikan kadar faedah itu terus mengasak ringgit biarpun persetujuan awal berkaitan had paras hutang AS telah dicapai, menurut laporan Bernama.

Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6030/6060 berbanding dolar AS daripada 4.5970/6035 yang dicatatkan pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit bergerak dalam jajaran RM4.60 berbanding dolar AS hari ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dolar AS kekal di landasan stabil berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah pada bulan depan.

Mengulas had siling hutang AS yang memberi impak buruk ke ayas mata wang lain, beliau berkata tumpuan seterusnya adalah sesi pengundian ahli kongres AS mengenai perkara itu pada Rabu ini.

Presiden Joe Biden telah menggesa Kongres meluluskan perjanjian had hutang tentatif yang dicapai dalam pertemuannya dengan Speaker Dewan Kevin McCarthy pada akhir minggu lepas.

Menurut laporan stesen penyiaran BBC, sekiranya diluluskan, ia akan membenarkan kerajaan AS membuat pinjaman sehingga selepas pilihan raya presiden seterusnya yang dijadualkan pada November 2024.

Mohd Afzanizam berkata, pada masa ini, paras rintangan dan sokongan bagi ringgit masing-masing pada RM4.6257 dan RM4.5491 berbanding dolar AS.

“Kami mengunjurkan julat lebih kecil bagi gandingan dolar AS/ringgit akan berterusan sehingga isu had paras hutang AS itu selesai,” katanya.

Pada akhir urus niaga hari ini, prestasi ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.6829/6866 daripada 5.6819/6899 pada Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9330/9363 daripada 4.9340/9409 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2820/2844 daripada 3.2918/2967.

Berbanding mata wang Asean, ringgit sebaliknya mencatat prestasi bercampur-campur.

Unit tempatan itu mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 307.3/307.7 daripada 307.3/307.9 minggu lepas, mencatat penurunan kecil pada 3.4016/4043 berbanding dolar Singapura daripada 3.4012/4062 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2316/2463 daripada 13.2539/2784.

Ringgit juga mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.20/8.21 daripada 8.24/8.25, sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok