Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali

May 29, 2023 · Politik

Tindakan pemimpin dalam kerajaan campuran meminta kes mahkamah yang sedang berjalan digugurkan membuktikan pemerintahan sekarang bebas melakukan mengikut sesuka hati mereka, kata Senator Datuk Razali Idris.

Ketua Penerangan Bersatu itu mempersoalkan langkah dua pemimpin atasan dalam kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat permohonan untuk membuang kes mahkamah walaupun belum habis perbicaraan dengan menyifatkan ia sesuatu diluar tabii.

“Jadi rakyat melihat apabila kerajaan Pakatan Harapan memerintah di peringkat pusat ni, dia cuba nak langgar undang-undang.

“Semua dia nak langgar. Dia memang kerajaan luar tabiee dia suka buat perkara yang yang bercanggah. Kes masih dalam perbicaraan, lepas itu minta supaya digugurkan,” katanya semasa dihubungi Agenda Daily.

Razali ditanya berhubung langkah dua pemimpin kerajaan campuran, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Lim Guan Eng yang memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan kes perbicaraan yang sedang berjalan ketika ini.

Minggu lalu, Pengerusi DAP, Guan Eng membuat permohonan membatalkan pertuduhan kes rasuah serta pengubahan wang haram terhadapnya, isteri, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Peguamnya, RSN Rayer berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di Georgetown.

Terdahulu, Presiden UMNO, Zahid juga mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.

Kedua-dua mereka ini sudah menjalani perbicaraan sejak beberapa tahun dan sehingga hari ini belum ada keputusan dimuktamadkan oleh pihak mahkamah.

Jelas Razali, rakyat akan menilai semua tindakan yang sedang dilakukan kerajaan campuran dan akan menghukum mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Jadi rakyat melihat semua perkara ini dan mereka akan marah, khususnya pengundi Melayu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Razali menjangkakan sokongan pengundi Melayu yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) akan melonjak pada PRN memandangkan tindakan UMNO yang duduk bersama DAP, malah sekatan terhadap anak muda dalam media sosial juga dijangka memberi kesan sokongan kepada kerajaan campuran nanti.

“Tapi apabila UMNO dalam keadaan yang rapuh sekarang, maka pengundi-pengundi akan beralih arah.

“Dia (pengundi Melayu) tak boleh pergi kepada DAP, dia akan pergi kepada aa Perikatan Nasional sama ada Bersatu ataupun PAS.

“Anak muda sekarang ini disekat ah media sosial disekat, menteri macam-macam mengambil tindakan kepada media-media sosial, TikTok lah, Facebook apa semua ini. Ia membuatkan anak muda seolah-olah dihimpit,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok