Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan

May 25, 2023 · Isu semasa

Dua lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata suspek yang berumur 19 dan 32 tahun itu ditahan di sekitar Pekan Banting, pada pukul 6.30 petang, Selasa lepas, menurut laporan Bernama.

“Kedua-dua yang ditahan itu telah direman selama tiga hari bermula 24 Mei bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis kini giat memburu dua lagi individu bagi membantu siasatan kes tersebut dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai berdekatan atau menghubungi bilik gerakan di talian 03-31872222.

Media sebelum ini melaporkan, pihak polis sedang memburu empat individu berdasarkan maklumat saksi bahawa terdapat empat individu bertopi keledar dengan pelindung mata atau visor gelap berada di tempat kejadian.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok