KWSP jual aset runcit di Lembah Klang dan Johor: Mat Maslan

May 24, 2023 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya memperoleh keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcitnya di Lembah Klang dan Johor.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata selain itu, KWSP juga bercadang untuk menjual satu lagi aset runcitnya di Kelana Jaya kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menurut laporan Bernama.

“Enam aset runcit yang telah dijual iaitu bangunan Giant Bandar Kinrara, bangunan Giant Putra Heights, bangunan Giant USJ, bangunan Giant Klang, bangunan Giant Ulu Klang dan bangunan Giant Plentong di Johor dengan keuntungan RM46 juta.

“Aset ini kita jual kepada Sunway Real Estate Investment Trust Berhad (Sunway REIT) yang 15.24 peratus dimiliki KWSP,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Kuala Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah yang diperoleh daripada penjualan portfolio enam aset runcit KWSP di Lembah Klang dan Johor, dan adakah KWSP berhasrat melupuskan satu lagi aset runcit di Lembah Klang seperti dilaporkan selain perancangan pelaburan seterusnya.

Ketika menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham sama ada KWSP bercadang melabur dalam bidang teknologi kewangan atau FinTech yang mencapai status Unicorn, Ahmad berkata Jawatankuasa Pelaburan akan membuat kajian atas cadangan tersebut.

Sementara itu, Ahmad turut memaklumkan jumlah aset KWSP secara keseluruhan setakat ini adalah RM1 trilion yang membabitkan pelaburan hartanah dalam dan luar negara.

“Di dalam negara jumlah pelaburan adalah RM11 bilion, antaranya bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri, manakala hartanah KWSP luar negara berjumlah RM30 bilion dengan separuh daripadanya di United Kingdom dan antara yang terbesar Battersea, projek yang begitu ikonik menjadikan jumlah aset hartanah sebanyak RM41 bilion.

“Setakat ini kita cukup menjaga kesemua pelaburan ini,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin mengetahui tentang peratus pelaburan KWSP di pasaran domestik.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok