Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari

May 22, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Johari Abdul Ghani membangkitkan berhubung isu syarikat yang tiada rekod prestasi tetapi dibawa kerajaan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semasa lawatan ke negara China baru-baru ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata walaupun terdapat 19 MoU yang berjaya ditandatangani semasa lawatan ke China pada 29 Mac-1 April lalu, namun terdapat beberapa syarikat yang tiada rekod prestasi dibawa kerajaan semasa memerterai perjanjian perdagangan dianggarkan bernilai RM170 bilion itu.

“Baru-baru ini semasa lawatan Perdana Menteri ke China, kita menyaksikan 19 MoU yang ditandatangani oleh syarikat-syarikat tempatan dengan syarikat China yang berjumlah anggaran 170 bilion.

“Soalan saya, adakah MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) ataupun MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) telah membuat tapisan menyeluruh syarikat-syarikat ini sebelum membawa Perdana Menteri untuk menyaksikan menandatangani MoU tersebut.

“Ini adalah kerana saya nampak daripada 19 MoU ini, ada beberapa syarikat yang saya nampak dia tidak mempunyai rekod prestasi untuk kita persembahkan kepada sebuah negara seperti China yang menguasai ekonomi kedua terbesar dunia,” katanya semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

19 MoU yang dimerterai semasa lawatan ke China tersebut termasuk antara badan perdagangan eksport-import produk elektronik China dengan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, iaitu pertubuhan utama perniagaan Cina Malaysia.

Antara MoU itu ialah perjanjian utama antara DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd mengenai cadangan usaha sama dalam pembangunan dan pengkomersialan lembah teknologi tinggi automotif di Tanjung Malim, Perak, untuk kenderaan tenaga baharu serta antara Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia dan Dewan Perniagaan China untuk import dan eksport jentera dan produk elektronik.

MoU lain yang dimeterai ialah antara Digital Way Group Sdn Bhd, China Silk Road Group Ltd dan China Kairous Capital untuk sama-sama menubuhkan dana digital dan pembangunan Malaysia-China di China dan Malaysia serta satu MoU mengenai cadangan pembangunan loji sisa kepada tenaga di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia meraih komitmen pelaburan yang tertinggi bernilai RM170 bilion dari China.

Menjawab soalan Johari, Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata semua MoU yang ditandatangani tersebut dipantau jawatankuasa khas dan mengikut dasar pelaburan semasa kerajaan.

“Projek yang ataupun MoU yang telah ditandatangani akan dipantau oleh jawatankuasa secara khusus dan juga dengan proses biasa yang telah diamalkan oleh MIDA.

“Untuk masa depan sebenarnya kerajaan dipandu oleh dasar pelaburan baharu ataupun nasional investment policy,” katanya menjawab soalan Johari.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok