Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan

May 19, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS selepas beberapa data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan membantu melonjakkan permintaan untuk mata wang AS.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5445/5480 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan semalam 4.5365/5395, menurut laporan Bernama.

Nilai tersebut adalah paras terendah sejak 21 November lalu.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz yang dipetik Bernama berkata data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS, yang mengukur bilangan pemohon yang memohon insurans pengangguran minggu lalu, lebih rendah pada 242,000 berbanding unjuran an 254,000.

“Satu lagi penunjuk makroekonomi yang menyokong dolar AS ialah Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS dengan bacaan hari ini pada -10.4 berbanding unjuran -19.8, yang juga positif untuk dolar,” katanya.

Selain itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) telah membayangkan kebarangkalian penghentian sementara dalam kenaikan kadar faedah pada mesyuarat akan datang agak tipis kerana Fed masih terikat dengan ancaman inflasi.

“Walaupun berada dalam mod risiko, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.64 peratus kepada 103.544 mata kerana Rizab Persekutuan masih cenderung untuk menaikkan kadar faedah,” katanya.

Justeru, ringgit dijangka kekal lemah dengan paras semasa RM4.5380 agak hampir dengan paras rintangannya iaitu RM4.5491.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6411/6454 daripada 5.6452/6490 pada penutup Khamis, meningkat berbanding euro menjadi 4.8958/8996 daripada 4.9076/9108 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2831/2861 daripada 3.2926/2950 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.6/306.0 daripada 305.0/305.4 pada penutup Khamis, merosot kepada 3.3728/3756 berbanding dolar Singapura daripada 3.3724/3748 semalam dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.15 daripada 8.11/8.13 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1839/2002 daripada 13.2105/2247 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok