Ringgit terus menyusut menghampiri RM4.50 berbanding dolar

May 15, 2023 · Isu semasa

Ringgit meneruskan kerugian minggu lalu untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran kebimbangan terhadap ekonomi global yang lembap, kata pakar ekonomi.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4960/4985 berbanding dolar AS daripada 4.4765/4835 pada penutup Jumaat, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit melepasi paras 4.5000 hari ini, dan kebimbangan mengenai ketidaktentuan terhadap had hutang AS nampaknya menjadi tumpuan yang mengakibatkan pelabur kekal berhati-hati.

“Sekiranya penarikan had hutang ditangguhkan, risiko mungkir bagi kerajaan AS akan meningkat kerana mereka tidak boleh membiayai semula pinjaman sedia ada dan meningkatkan wang tunai tambahan bagi perbelanjaan mereka.

“Jadi pada masa ini ia berada dalam mod mengelak risiko. Jangkaan ringgit kekal lemah sehingga kebuntuan had siling hutang diselesaikan,” katanya.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding euro kepada 4.8863/8890 daripada 4.8839/8915 pada penutup Jumaat dan jatuh berbanding pound Britain pada 5.6169/6200 berbanding 5.6082/6169 sebelum ini tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3010/3031 daripada 3.3233/3290.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan itu menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.3045/3174 daripada 13.1658/1922 pada penutup Jumaat dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.0 daripada 303.4/304.1 pada minggu lalu.

Ia juga jatuh kepada 3.3592/3616 berbanding dolar Singapura daripada 3.3552/3609 pada Jumaat lalu tetapi hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.03 daripada 8.02/8.04.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok