Wan Saiful gesa PMX bawa Akta Pendanaan Politik ke Parlimen, jangan pandai berlakon

May 10, 2023 · Politik

Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya membawa ???? ????????? ??????? dibentangkan ?? P??????? ??? me???????? ??? ?????????? Ahli P??????? (MP) ????? ???? ????????.

Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana PMX sebelum ini berjanji untuk melaksanakan reformasi institusi dan perlu menunaikan janji-janjinya, bukannya meneruskan lakonan di depan rakyat.

“Malangnya Anwar hanya berlakon di pentas ceramah saja seolah mahukan reformasi institusi, tapi sebenarnya dia gagal dalam pelaksanaan.

“Anwar jangan bagi alasan bahawa sebelum ini pun perlu berbincang atau sebelum ini pun tak bagi. Kalau nak ikut amalan sebelum ini, buat apa Anwar jadi PM kalau mandul dalam membawa pembaharuan?

“Jelas sekali Anwar ini pelakon saja. Tapi perlaksanaan cacamarba dan tak ada halatuju,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Menurut Wan Saiful, draf berhubung akta tersebut sudah tersedia dan hanya menunggu untuk dibentangkan ke Parlimen.

“Saya terlibat dalam beberapa jawatankuasa kerajaan mengenai pendanaan politik sejak 2015 sehinggalah 2020. Pada 2015 Datuk Sri Najib Razak lantik saya menyertai Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.

“Pada 2018 Tun Dr Mahathir bin Mohamad lantik saya menyertai Electoral Reform Committee dan ia disambung pada 2020 semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kita sudah sampai ke tahap perbincangan mengenai draf akta pendanaan politik. Maksudnya laporan penuh yang terperinci sudah ada dan draf akta juga sudah ada,” ujarnya lagi.

Wan Saiful juga menjunjung titah Pemangku Raja Pahang yang membangkitkan berhubung isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang perlu diberikan secara adil.

“Pemangku Raja Pahang bertitah berikan peruntukan adil kepada pembangkang. Perjuangan PH (Pakatan Harapan) selama ini pun ada agenda peruntukan adil untuk pembangkang.

“Tapi kalau ikut pemikiran PH-UMNO, Perikatan Nasional mesti berbincang dengan Anwar dulu. Bagi kerajaan PH-UMNO, titah Anwar boleh menafikan pilihan rakyat.

“Dalam sebuah negara demokrasi, memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat. Hanya dalam negara kuku besi saja pemerintah merasakan dirinya lebih mulia dan lebih berkuasa sehingga boleh menafikan pilihan rakyat. Kefahaman demokratik ini lah yang dilakonkan oleh PH selama ini, dan kini kefahaman itu telah hilang dari PH apabila Anwar mabuk kuasa.

“Jika Anwar masih ada sekelumit minat terhadap reformasi institusi, maka peruntukan parlimen seharusnya diberikan secara automatik kepada semua yang dipilih rakyat, tanpa perlu apa-apa perbincangan.

“Malahan peruntukan dana pembangunan kawasan parlimen sepatutnya dimasukkan dalam akta pendanaan politik yang dilaksanakan secara sama rata tanpa mengira siapa berkuasa,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok