Mengapa DAP kini senyap? kata bekas Ahli Parlimen berhubung isu Lynas

May 10, 2023 · Politik

Jika dahulu DAP paling lantang membantah operasi syarikat pemprosesan nadir bumi tetapi mengapa mereka kini diam pula, kata Wong Tack.

Bekas Ahli Parlimen DAP itu meluahkan rasa kecewa susulan keputusan kerajaan campuran melanjutkan tempoh operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dan tiada sebarang bantahan daripada pemimpin partinya itu.

“Sangat mengecewakan kerana ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, kita ada lapan menteri dari roket (DAP).

“Ketika itu, menteri yang mempunyai kuasa ialah dari DAP, Yeo Bee Yin. Tapi semua orang salahkan Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) seorang sahaja,” katanya dipetik laporan MalaysiaNow.

Untuk rekod, Dr Mahathir sebelum ini menjadi Perdana Menteri semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan.

Katanya, perkembangan ini secara tidak langsung membuktikan “perjuangan” parti itu hanyalah sekadar membawa naratif untuk meraih undi semata-mata.

Pada 8 Mei, Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Katanya, lanjutan masa itu disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau.

Isu operasi Lynas mendapat tentangan hebat dalam kalangan wakil rakyat daripada PKR dan DAP sejak 2012 apabila mendakwa operasi yang dijalankan oleh syarikat itu menggugat ketenteraman penduduk setempat apabila ia menjejaskan alam sekitar.

Pada ketika itu, Wong turut menganjurkan Kempen Hijau Anti Lynas dengan berarak sejauh 300 kilometer dari Kuantan Ke Kuala Lumpur selama 12 hari bersama kira-kira 200 peserta untuk meluahkan bantahan serta menggesa kerajaan menutup operasi kilang di ibu negeri Pahang itu.

Mengulas lanjut, Wong berkata, beliau pernah membawa isu ini kepada Anwar yang pada ketika itu hanya merupakan seorang ahli Parlimen Port Dickson dan tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Disebabkan Anwar tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, maka Wong diminta bersabar dan isu akan diselesaikan apabila presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

“Itu janji dia. Saya tunggu. Semua menteri bersama saya pada ketika itu, anti Lynas dan menunggang isu rakyat.

“Selepas itu lupa. Semuanya jual naratif saja. Dalam politik mereka tidak buat apa-apa pun.

“Asalkan menang (pilihan raya) saja. Bukan untuk rakyat. Bukan tak boleh tidur kerana rakyat susah, cuma pentingkan undi,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok