ICU tentera di Hospital Kepala Batas mampu rawat 27 pesakit kritikal

May 20, 2021 · Isu semasa

Unit Rawatan Rapi (ICU) di lapangan yang didirikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perkarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam, mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, perkhidmatan ICU lapangan itu akan mula beroperasi secara berperingkat tidak lama lagi.

“Field ICU ini menggunakan konsep modular di mana ianya mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan ‘life support’ lain.

“Selain itu, makmal modular dan unit radiologi modular turut didirikan bagi memberikan kemudahan perkhidmatan sokongan klinikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan seorang pakar anestesiologi dan rawatan rapi, dua pegawai perubatan dan 14 jururawat terlatih dalam rawatan rapi akan memulakan tugas.

“Kekuatan tenaga kerja daripada pelbagai kategori ini akan dipertingkatkan lagi mengikut keperluan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM juga sudah pernah mendirikan hospital medan untuk pesakit ‘non-Covid’ di Tawau, Sabah; serta ‘Makeshift Covid-19 Hospital’ di Penjara Pokok Sena, Kedah; dan terkini di Kapit, Sarawak.

Selain itu, ATM telah memainkan peranan penting dalam membantu NADMA dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjayakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS dan PKRC MAEPS 2.0 yang mampu menampung sehingga 8,000 katil bagi merawat pesakit di negeri-negeri di Lembah Klang dan sekitarnya.

“Kolaborasi antara agensi sebegini sentiasa dialu-alukan dalam usaha kita sebagai satu pasukan memerangi pandemik COVID-19.

“Semoga segala usaha ini dapat membantu dalam memastikan rawatan yang terbaik diberikan kepada pesakit-pesakit terutamanya yang kritikal Covid-19 dan seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Saya tumpu pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul
June 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok