Noh akan bantu kempen PN di Selangor lawan UMNO

April 30, 2023 · Politik

Tan Sri Noh Omar akan tolong membantu kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.

Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata tidak akan duduk diam melihat kempen PRN berjalan dan mahu membantu PN dalam usaha melawan bekas partinya, UMNO di Selangor kerana membuangnya daripada parti tersebut sebelum ini.

“Saya sudah sebati dengan politik. Saya bukan penonton, saya mesti terbabit sama dalam pertandingan politik.

“Jika pasukan dahulu (UMNO), selepas saya berkhidmat 30 tahun tendang saya, takkan saya jadi tukang sorak sahaja,” katanya dipetik laporan BH.

Mengambil contoh pemain bola sepak, Noh berkata, beliau akan cari pasukan baharu kerana sebagai pemain yang hebat setelah disingkir satu pasukan, beliau akan pindah ke pasukan lain.

Kurang dua bulan sebelum PRN dijangka diadakan, tumpuan rakyat adalah kepada negeri Selangor di mana PN dikatakan yakin untuk merampas negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, PN berjaya memenangi enam kerusi Parlimen Selangor, manakala PH memenangi 16 kerusi.

Noh bagaimanapun tidak dicalonkan pada PRU-15 oleh UMNO ketika itu sebelum digantung keahliannya Januari lalu.

Majlis Tertinggi (MT) pada Januari memutuskan untuk menggantung keahlian Noh selama enam tahun, namun beliau meminta untuk dipecat.

Permintaan untuk dipecat dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok