SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan

April 18, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan masih berusaha mencari jutaan ringgit yag dikatakan diserahkan orang te­ngah kepada Menteri Sumber Manusia kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) daripada DAP, V Sivakumar.

Walaupun, pemeriksaan SPRM di rumah dan pejabat menteri terbabit gagal menemukan wang berkenaan, agensi antirasuah itu percaya wang berkenaan disimpan di lokasi lain.

Utusan yang memetik sumber sebagai berkata pencarian wang berjuta-juta ringgit yang didakwa diterima pegawai kanan di Kementerian Sumber Manusia masih diteruskan.

“Difahamkan tiada rampasan dibuat kerana SPRM tidak menemui sebarang bukti yang diperlukan,” kata sumber itu selepas seorang ahli perniagaan dan dua pegawai khas Sivakumar ditahan.

Sumber itu juga memberitahu SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil dan mengambil keterangan Sivakumar sekali lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“SPRM juga sedang berusaha mengenal pasti saksi lain bagi mengukuhkan siasatan kes itu,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu menambah bahawa SPRM tidak menolak kemungkinan wang tunai itu disimpan di lokasi tertentu atau telah digunakan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok