Tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilo: Salahuddin

April 15, 2023 · Isu semasa

Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga mendadak melibatkan bahan mentah kawalan seperti beras dan ayam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata yakin tidak akan berlaku kenaikan secara mendadak membabitkan bahan mentah utama seperti ayam, ikan, dan beras kerana harganya dikawal kementerian.

“Saya yakin ia boleh bertahan sebab harga beras ini kita kawal. Jadi tidak mungkin harga beras akan naik RM30 satu kilogram (kg), contohnya sebab harga beras kita kawal. Mungkin kita cuba cari pakej di mana pemain industri Menu Rahmah dapat beras dengan lebih murah.

“Yang kedua harga ayam kita kawal siling pada RM9.40 satu kg malah ada pasar raya jual lebih murah dari harga itu. Jadi tidak mungkin harga ayam tiba-tiba naik mendadakā€¦esok jual RM20 satu kg,” katanya dipetik laporan BH.

Salahuddin berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati harga sayur terkini mengalami penurunan sehingga 30 peratus malah peniaga Menu Rahmah juga boleh menggunakan minyak masak paket bersubsidi untuk tujuan perniagaan.

“Saya rasa itu asas yang kukuh. Jadi kalau tanya boleh tahan atau tidakā€¦bagi saya, selagi mana harga barangan terkawal dan tiada kenaikan melampau selagi itu boleh bertahan.

“Selagi mana ada rahmah dalam hati pemain industri selagi itu jugalah Menu Rahmah ini akan bertahan. Jadi kenapa ada prejudis yang menyatakan Harga Rahmah ini tak boleh kekal?” katanya.

Salahuddin berkata kementerian dalam tahap perbincangan lanjut dengan dua syarikat bagi mengeluarkan plan perlindungan insuran yang sesuai untuk melaksanakan insurans berharga rahmah.

Selain itu, pihaknya juga dijangkakan bertemu dengan pemain industri perbankkan selepas Aidilfitri bagi mengenal pasti jenis-jenis perkhidmatan yang dapat ditawarkan menerusi inisiatif Payung Rahmah.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok