MP PN Maran nafi soalan kampung baru berbaur hasutan, perkauman

April 14, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib menafikan dakwaan bahawa soalan yang dibangkitkannya pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini berbaur perkauman dan menghasut.

Beliau sebelum ini ingin tahu mengapa kampung baru dikekalkan dan sama ada komunisme masih wujud di kawasan tersebut atau tidak.

Beliau menegaskan soalan yang dibangkitkan itu adalah berdasarkan pemerhatiannya dan untuk tujuan keselamatan.

“Saya tahu sejarahnya. Sebagai contoh, di kampung baru… memanglah penempatan di situ untuk (mengawal) penduduk yang dipengaruhi oleh komunis.

“Jadi saya tidak mahu tanggapan bahawa masih ada komunis di kampung-kampung ini berlarutan,” katanya menurut Mkini sambil menegaskan penduduk kampung baru mesti bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Sebab itu, katanya beliau mencadangkan agar pengendalian kampung-kampung baru digerakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara supaya penduduk dapat bercampur dengan lebih baik dengan masyarakat lain.

Kerajaan menubuhkan kampung baru semasa pemberontakan komunis untuk melindungi masyarakat Cina daripada ancaman mereka.

Berdasarkan pemerhatiannya, Ismail mendakwa penduduk kampung baru cenderung bersifat mono-etnik dengan sebilangan penduduk kampung Cina tidak dapat menguasai bahasa Melayu.

“Sedangkan di kampung lain, misalnya di Felda, ada juga orang Cina walaupun ia khusus untuk orang Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab bahawa kampung-kampung baru telah ditubuhkan pada zaman darurat untuk menangani ancaman pemberontakan komunis.

Katanya, idea di sebalik rancangan ini untuk memindahkan penduduk kampung Cina di penempatan terpencil yang berselerak di pinggir hutan ke kampung baru bagi mengelakkan komunis mengancam atau menerima bantuan logistik atau maklumat daripada penduduk.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Pasangan kekasih didakwa membunuh
July 14, 2022
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok