‘Saya tak akan minta maaf kerana sampaikan suara pencarum KWSP’

April 7, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau tidak akan memohon maaf kerana menyampaikan suara orang ramai di media sosial yang terdesak untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pemuda Armada Bersatu Malaysia itu berkata maklumat bahawa ada individu sanggup menjual buah pinggang mereka untuk menyara hidup diperoleh daripada catatan orang ramai dalam kumpulan Facebook mereka yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP.

Menurutnya beliau juga ingin menjelaskan bahawa kenyataannya di Parlimen pada 3 April lalu tidak bermakna beliau membenarkan atau menggalakkan perdagangan organ.

“Saya hanya menyampaikan rungutan mereka yang benar-benar terkesan dan sangat memerlukan pengeluaran KWSP. Mengenai sama ada dakwaan mereka benar – terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengesahkan keperluan mereka untuk pengeluaran itu.

“Mengenai kenyataan yang saya buat di Parlimen bahawa ada orang sanggup menjual organ mereka untuk menampung keperluan hidup, saya meneliti mesej yang disiarkan dalam kumpulan yang meminta pengeluaran KWSP di Facebook.

“Saya tidak bermaksud sesiapa secara khusus tetapi saya menyatakan secara umum bahawa mungkin ada orang yang terdesak.

“Saya sama sekali tidak menyokong atau membenarkan penjualan organ kerana ia adalah haram, dan mereka yang menuduh saya begitu telah mempolitikkan perkara itu. Saya akan mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu jika saya disalah erti.

“Bagaimanapun, saya tetap dengan kenyataan saya bahawa rakyat terdesak dan mungkin melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk membayar hutang mereka jika pengeluaran KWSP tidak dibenarkan,” kata Wan Ahmad Fahysal menurut The Star.

Wan Fahysal menjawab gesaan ahli politik daripada parti pemerintah yang mencabarnya membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya ada orang sanggup menjual organ mereka jika tidak dapat mengeluarkan simpanan KWSP.

Pada Isnin (3 April), Wan Ahmad berkata orang ramai menjual buah pinggang mereka untuk menyara hidup dalam usaha untuk menggambarkan keadaan kewangan rakyat dan bagaimana satu lagi pusingan pengeluaran KWSP diperlukan.

Sebelum ini, pemimpin PKR, Chua Wei Kiat berkata Wan Fahysal tidak seharusnya menggunakan perkara itu untuk mencari kelebihan politik kerana kenyataannya di Parlimen menghina penderma organ yang ikhlas.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri
May 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok