Proton perkenal SUV baharu X90

March 28, 2023 · Isu semasa

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd mengumumkan nama rasmi kenderaan tenaga baharua (NEV) yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiganya, X90.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata pencapaian itu (pengenalan X90) menyusul ulang tahun ke-40 Proton dan ia menandakan pengenalan lebih banyak model NEV pada masa hadapan.

Model yang bakal mengukuhkan lagi kedudukan Proton sebagai pengeluar SUV utama negara memberi tiga penekanan iaitu premium, moden dan kereta keluarga.

“Ia juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi kenderaan generasi akan datang dan ini membuktikan walaupun selepas empat dekad, Proton masih memainkan peranan utama untuk membangunkan industri automotif tempatan,” katanya pada pratonton media di Subang Jaya, hari ini (28 Mac 2023).

X90 ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga Proton, selepas X70 dan X50.

Proton X90 serba baharu adalah model segmen baharu bagi Proton, iaitu segmen-D dan menjadi kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama pengeluar kereta nasional itu.

Empat varian ditawarkan, iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium). Enam warna juga ditawarkan untuk model X90 ini.

Dari aspek rekaan, ia bukan sahaja premium malah menampilkan pendekatan tanpa sempadan yang dihasilkan Proton.

Kabin, Proton X90 tampil dengan rekaan moden dan mewah iaitu fokus kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.

Tempat duduk ditampilkan dengan material lembut untuk pemanduan yang selesa khususnya perjalanan jarak jauh.

Konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk juga menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.

But belakang pula ditawarkan lebih luas dengan kapasiti 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.

Dari aspek trenkuasa, Proton X90 menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Dengan teknologi baharu mild-hybrid, Proton mendedahkan ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.

Model ini sudah melalui ujian sejauh 1.2 juta kilometer di jalan raya Malaysia membabitkan 96,000 jam ujian yang dilaksanakan manusia.

Proton turut mengambil beberapa pendekatan bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama Proton dihasilkan di Malaysia, sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.

Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, berkata harga Proton X90 akan diumumkan ketika pelancaran tidak lama lagi.

“Harga kompetitif dan mampu milik sebagaimana statusnya sebagai kereta premium moden dan untuk keluarga dengan ciri serta fungsi keselamatan termaju.

“Tarikh pelancaran dan bila tempahan akan dibuka juga akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas sesi prebiu media Proton X90 di sini, hari ini.

Roslan berkata, kilang Proton di Tanjung Malim sedang memasang X90 bagi memastikan stok lebih banyak sebelum tibanya hari pelancaran.

“Kita sedang meningkatkan stok bagi meminimumkan tempoh menunggu X90.

“Daripada aspek komponen, bahagian dan pengedar juga kita pelajari apa yang berlaku kepada model X lain. Justeru, untuk X90, Proton akan berusaha untuk tampil dengan lebih lancar,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
17 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok