Moratorium hingga enam bulan ditawar Bank Islam kepada mangsa banjir

March 8, 2023 · Isu semasa

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir.

Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan, menurut laporan Bernama.

Bank Islam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemudahan moratorium itu turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya.

Bank tersebut memaklumkan kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

“Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam bulan.

“Bantuan kewangan ini dibuka kepada semua kemudahan kredit dengan bayaran berjadual atau secara kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Kredit Pusingan & Aliran Tunai serta Kemudahan Perdagangan,” katanya.

Permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian dan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di [email protected] atau 03- 26 900 900 sementara pelanggan perniagaan boleh menghantar e-mel ke [email protected].

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok