Bersatu bidas tindakan terhadap 4 ADUN Pulau Pinang, dakwa bermotif politik

March 7, 2023 · Politik

Bersatu mendakwa keputusan meluluskan usul pengisytiharaan kekosongan empat kerusi yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang semalam bermotif bermotif politik dan salah guna kuasa.

DUN Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan DAP semalam meluluskan usul terhadap empat ADUN Bersatu walaupun dua wakil rakyatnya tidak keluar melompat parti.

“Bersatu mengambil pendirian bahawa tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggunakan Artikel 14A Perlembagaan Pulau Pinang untuk meluluskan usul mengosongkan kerusi empat ADUN iaitu YB Khalid Mahtab Ishaq (Bertam), YB Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), YB Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan YB Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) adalah satu penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

“Ini terutamanya yang melibatkan dua ADUN Bersatu iaitu YB Khalid Mahtab Ishaq dan YB Zolkifly Lazim, yang tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kerusi mereka perlu dikosongkan dibawah Artikel 14A,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah menegaskan dua daripada empat ADUN tersebut iaitu Khalid Mahtab dan Zolkifly tidak pernah melompat atau keluar parti tersebut, justeru mempertikai keputusan dibuat oleh DUN Pulau Pinang sebagai tidak sah.

“Kedua-dua YB ADUN BERSATU in tidak pernah pada bila-bila masa meletak iawatan atau dipecat daripada parti BERSATU atau telah menvertai parti politik lain. Mereka kekal sebagai ahli BERSATU sehingga kini.

“Tindakan DUN Pulau Pinang bukan sahaja jelas satu penyalahgunaan kuasa, malah pada hakikatnya tidak menghormati lunas-lunas demokrasi serta dilihat sebagai sat pencabulan undang-undang.

“Hak demokrasi rakyat dan pengundi telah dinafikan. Ini adalah suatu rampasan kuasa pengundi oleh DUN Pula Pinang dengan berselindung di sebalik undang-undang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu pihaknya juga sudah membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan dibuat DUN Pulau Pinang tersebut.

“Walaupun Bersatu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan keempat-empat ADUN ini, kami dinasihatkan dan mempercayai bahawa Mahkamah telah terkhilaf dalam menafsirkan pemakaian Artikel 14A ke atas mereka dan Bersatu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok