DAP cuba lumpuhkan Bersatu P.Pinang kata Wan Saiful

March 6, 2023 · Politik

Keputusan kerajaan Pulau Pinang membentangkan usul agar empat ADUN Bersatu mengosongkan kerusi adalah cubaan untuk melumpuhkan blok pembangkang.

Bekas ketua penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan negeri diterajui DAP itu menggunakan semua kuasa yang ada untuk melumpuhkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Katanya tindakan itu menunjukkan kerajaan DAP takut dengan PN.

“Saya harap rakyat akan lihat betapa kejamnya dan rakusnya kerajaan Pulau Pinang ini dalam mengekalkan kuasa mereka.

“Saya yakin rakyat akan hukum mereka (Pakatan Harapan dan UMNO) dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya kepada wartawan di Parlimen, lapor FMT.

Hari ini, DUN Pulau Pinang meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam), Zolkifly Lazim (Teluk Bahang), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) kerana melompat parti.

Kesemuanya memenangi kerusi itu dalam PRU-14 atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menganggap apa yang berlaku hari ini sebagai sejarah hitam di DUN Pulau Pinang.

“Jelas kerajaan negeri Pulau Pinang mahu menghapuskan semak dan imbang agar mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk dalam menghadapi PRN,” katanya.

Kerajaan negeri mahu membentangkan usul itu pada Oktober 2020 tetapi tertangguh selepas ADUN berkenaan memfailkan satu injuksi di mahkamah untuk menghalang DUN berbuat demikian.

Bagaimanapun minggu lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan empat ADUN berkenaan yang mahu menghalang usul itu dibentangkan dengan alasan mahkamah tiada kuasa untuk campur tangan dengan pengurusan DUN.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok