PMX beri jaminan projek tebatan banjir akan disegerakan selepas dihentikan sementara

March 6, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar pada 6 Disember 2022 mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion diteliti semula dan dihentikan kerana tidak mematuhi peraturan serta diluluskan secara rundingan terus.

Bagaimanapun, semasa sidang media hari ini Anwar berkata proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi segera, memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.

“Isu ini (banjir) kalau tidak dilakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Isu banjir ini bukan kali pertama, tetapi sudah bertahun-tahun. Kadang-kadang, setahun dua kali.

“Oleh itu, kita putuskan projek yang mahal RM600 juta atau lebih tebatan banjir akan disegerakan. Nanti kita lulus dan disegerakan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Anwar terdahulu melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah hari ini.

Beliau berkata enam projek tebatan banjir yang sebelum itu ditangguhkan sebentar, kerana beliau tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat terdapat ketirisan atau kecurian, meskipun proses tender itu disegerakan.

Bagaimanapun, Anwar memberikan amaran kepada kepada syarikat atau pihak yang terlibat, agar tidak menyalahgunakan peruntukan bencana yang diberikan kerajaan.

“Saya beri amaran keras jangan guna peruntukan ketika banjir atau darurat ataupun masalah-masalah yang dihadapi seperti mana RTB, jangan guna itu (peruntukan) untuk mencari peluang mendapat habuan tambahan,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Sebelum ini pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewatnya pada Jun tahun ini, termasuk RTB di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor.

Selain itu, projek RTB lain yang akan melalui proses tender semula ialah pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor, serta Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM10 juta melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang baru-baru ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya juga sudah menambah peruntukan RM50 juta untuk kita menyalurkan sebahagiannya kepada mangsa-mangsa dan ada beberapa projek segera. Usaha-usaha telah dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri, kemudiannya daripada kerajaan pusat.

Selain itu, beliau berkata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi juga ada memohon beberapa projek baharu, bagi mengurangkan impak banjir.

“Saya beritahu oleh kerana kita boleh jimatkan beberapa kos (antara) RM1 bilion hingga RM2 bilion daripada projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menjalankan projek baharu. Sekarang (banjir) ini di Segamat, (selain itu) Kota Tinggi dan kawasan-kawasan lain yang berat dilanda banjir,” kata beliau.

“Selain itu, Ahmad Zahid, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustaha (dan) juga menteri-menteri kabinet yang lain, telah turun memantau dan memberi bantuan, sekali gus mengurangkan tekanan hidup bagi mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah dan mengalami kesusahan, kita cuba mengurangkan tekanan dan beban mereka,” kata Perdana Menteri.

Beliau juga telah menghubungi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang penting, yang juga telah mengumpulkan dana tambahan RM20 juta, untuk membantu rakyat Johor.

“Tenaga Nasional Bhd akan turun menyelesaikan masalah elektrik segera, Yayasan Sime Darby pula menyediakan kit-kit kesihatan, untuk lebih 1,500 keluarga dan (GLC) selainnya mengumpulkan dana RM20 juta tambangan untuk rakyat Johor,” kata Anwar.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu mangsa banjir di PPS berkenaan, selain mendengar taklimat banjir daripada agensi berkaitan.

Turut mengiringi beliau Menteri Besar Johor dan Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok