Bantuan makanan lambat dan kurang kualiti di PPS, kata Wee dalam video FB

March 5, 2023 · Isu semasa

Rungutan mangsa banjir berhubung bantuan makanan yang lambat dan kurang berkualiti mendapat perhatian bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam semasa melawat sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasannya kesal dengan layanan diberikan kepada mangsa banjir dan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah baik pengurusan.

Menurut Wee, selain mangsa banjir diberikan kuantiti makanan yang sedikit, ada juga di antara mereka menerima nasi mentah.

Tambahnya, makanan yang dihantar juga lewat tiba ke PPS dengan sarapan pagi hanya disediakan selepas jam 11 pagi, manakala ada mangsa banjir yang menikmati makanan tengah hari selepas jam 2 petang.

“Saya terkilan melihat makanan yang dihantar pihak berkuasa. Inilah kualiti sarapan pagi yang dihantar. Orang makan pagi tapi dihantar pukul 11 (pagi).

“Ini pula makanan tengah hari, lauknya begitu sedikit saja. Jadi saya memang kecewa dan saya nampak ini tidak dibuat dengan baik,” katanya dalam rakaman video pendek sambil menunjukkan dua bungkusan mihun goreng dan nasi putih yang bersama seketul ayam berkuah.

Video yang dimuat naik di Facebook Wee petang tadi dirakam ketika dia melawat sebuah sekolah di Taman Kota, Yong Peng.

PPS berkenaan menempatkan kira-kira 375 mangsa banjir daripada 105 keluarga.

Wee yang juga presiden MCA, mendakwa situasi yang sama dihadapi beberapa PPS di Ayer Hitam dan menyebabkan ramai mangsa banjir kelaparan akibat makanan dihantar lewat.

Beliau juga mencadangkan JKM membenarkan gotong royong dilakukan orang ramai untuk memasak makanan mereka sendiri.

“Saya juga mengatakan bahawa jika kontraktor penyedia makanan tidak mampu memikul amanah ini, lebih baik diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.

“Biarlah mereka bergotong royong memasak dengan menggunakan barangan keperluan yang telah pun saya sediakan untuk kegunaan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok