Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS

March 4, 2023 · Isu semasa

Sebanyak empat kematian sudah dilaporkan akibat bencana banjir yang di Johor dengan jumlah mereka yang dipindahkan mencecah hampir 48,000 orang.

Media melaporkan pihak berkuasa mengesahkan seorang wanita warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam longkang di Batu Anam, Segamat petang tadi.

Mangsa, A Fatimah, 69, yang sebelum ini dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ditemui oleh jirannya yang menyedari kehilangan warga emas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian itu menjadikan empat kematian akibat banjir dilaporkan di negeri itu iaitu satu di daerah Kluang dan tiga di daerah Segamat.

“Terbaru pada petang tadi yang membabitkan seorang wanita warga emas berusia 69 tahun,” katanya lapor Bernama.

Hadir sama Ketua Polis Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah.

Kamarul Zaman berkata, mangsa mungkin terjatuh dan siasatan pihak polis akan diteruskan bagi mengetahui sebab mangsa keluar daripada PPS.

Beliau berkata, cuaca hujan masih berlaku di negeri ini sekali gus memberi ancaman banjir walaupun hujan tidak lebat.

“Lebih 4,000 anggota polis dikerahkan bagi operasi banjir di Johor dan kita turut menerima bantuan daripada Pasukan Gerakan Am dan agensi keselamatan lain,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, setakat 10 malam ini, 20 laluan di negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, manakala 11 laluan masih dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38,120 orang malam ini, berbanding 36,191 mangsa setakat petang tadi.

Menurut laporan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu membabitkan 34,849 mangsa di Johor, 2,186 mangsa (Pahang), 867 (Negeri Sembilan), 204 (Melaka) dan 14 di Sarawak.

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus mencatat pertambahan, berbanding 32,870 orang pada 4 petang tadi, meskipun banjir di daerah Kulai surut sepenuhnya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok