Wan Saiful umum letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu, pertahan integriti

February 22, 2023 · Politik

Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan peletakan jawatannya Ketua Penerangan Parti Bersatu selepas berdepan pendakwaan terpilih yang bermotif politik semalam.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor melepaskan jawatan tersebut sebagai tanda mempertahankan integriti dan hasrat tersebut sudah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Berikutan pendakwaan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), saya mengambil keputusan untuk memohon Presiden dan seluruh Majlis Pimpinan Tertinggi membuat keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Ketua Penerangan.

“Saya telah mencadangkan supaya jawatan ini digantikan oleh individu lain dalam parti. Ramai tokoh yang layak dan mampu menggalas tanggungjawab.

“Keputusan yang diambil ini sesuai dengan prinsip integriti dan perjuangan yang dijunjung selama ini. Tindakan ini juga membezakan saya dengan kluster mahkamah yang bermaharajalela dalam kerajaan PH dan BN hari ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Jelas Wan Saiful, tindakan melepaskan jawatan eksekutif itu dibuat memandangkan beliau berpegang kepada prinsipnya selama ini, sehinggalah dapat membersihkan nama mengikut proses perundangan.

Justeru, beliau mengingatkan jangan ada mana-mana pihak yang cuba menyamakannya dengan individu lain dalam kluster mahkamah.

“Saya dengan suka hati, sukarela dan tanpa berbelah bahagi melepaskan jawatan ini sedangkan mereka (kluster mahkamah) mencari dan menggunakan jawatan eksekutif untuk kepentingan sendiri.

“Saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya, mungkin dalam bentuk perundangan sekiranya ada pihak yang cuba memburukkan nama saya selepas ini,” tegas beliau.

Wan Saiful yakin, keputusannya itu akan memberikan kesan positif kepada Bersatu, membuktikan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) tidak teragak-agak dalam melaksanakan prinsip diperjuangkan dan tidak bermuka-muka dalam menggunakan jawatan demi kepentingan peribadi.

Pada Selasa, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek ‘Central Spine Road’ bernilai RM232 juta, tahun lalu.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa, tindakan mengheret anggota parti itu terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Jana Wibawa seperti sesuatu yang ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’
May 13, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
20 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok