Pelaburan diterima Kedah tahun lalu RM12 bilion dan tertinggi, kata Exco

February 12, 2023 · Isu semasa

Rekod pelaburan dicatatkan negeri Kedah tahun lalu sebanyak RM12 bilion adalah yang tertinggi pernah dicapai, malah mengatasi negeri lain.

Exco Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail menyifatkan jumlah pelaburan yang direkod untuk tempoh sembilan bulan itu melebihi sasaran awal ditetapkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Dari Januari hingga September lalu, Kedah mencatat nilai pelaburan sebanyak RM12 billion, iaitu pelaburan tertinggi di negara ini. Nilai pelaburan itu dalam pelbagai sektor, dan kita dapat kalahkan negeri jiran,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Pelaburan Langkawi 2023 disertai 219 peserta mewakili 126 agensi kerajaan dan swasta hari ini.

Ku Abd Rahman berkata, Kedah yakin dapat meningkatkan jumlah pelaburan pada tahun ini menerusi pembangunan Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Bukit Kayu Hitam dan Bandar Getah Kedah (KRC) di Padang Terap.

“Pembangunan projek-projek itu memberi limpahan peluang pekerjaan, selain limpahan ekonomi seperti pertumbuhan kawasan perumahan dan perniagaan di kawasan sekitar,” katanya.

Mengenai pelaburan di Langkawi tahun lalu, beliau berkata, prestasi pelaburan di pulau pelancongan ini meningkat kepada RM1.8 billion daripada RM1.2 billion tahun sebelumnya.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi agak perlahan, nilai pelaburan yang masuk ke Langkawi dilihat masih positif dalam fasa pemulihan ekonomi atau pasca Covid-19,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok