Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang

February 8, 2023 · Isu semasa

Kerajaan negeri Pahang digesa tidak tunduk kepada tuntutan pekebun durian Musang King dalam isu pencerobohan tanah di negeri tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Aireroshairi Roslan berkata kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail perlu membuat pendirian tegas dalam isu pencerobohan tanah oleh pekebun durian yang kini diperjuangkan oleh pemimpin DAP.

“Apakah pendirian yang akan diambil oleh UMNO terhadap isu pencerobohan tanah di Pahang apabila DAP semakin lantang menunjukkan sokongan kepada peneroka tanah haram itu?

“Khamis lalu, lebih 500 penceroboh tanah yang melaksanakan tanaman Durian Musang King secara haram telah berhimpun bersama Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

“Peningkatan jumlah penceroboh yang besar dengan sokongan wakil rakyat daripada parti yang berada dalam kerajaan negeri ini adalah amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seramai 500 pekebun durian di Pahang berhimpun dan membuat pendirian menolak terma penyelesaian dengan kerajaan negeri dan mahu meneruskan semakan kehakiman di mahkamah.

Aireroshairi berkata sememangnya sudah dijangka akan berlaku perbezaan pendirian antara DAP dan UMNO, namun kerajaan negeri perlu mementingkan tanah negeri Pahang daripada tuntut kepada rakan politik mereka semata-mata.

“Ironinya tindakan tegas kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri itu kini ditentang oleh DAP secara jelas sedangkan UMNO dan DAP sama-sama berada di dalam kerajaan campuran.

“Pertembungan antara dua parti ini memang sudah dijangka. Bukankah ini yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden UMNO tentang “DAP tidak bermuka-muka” dan “Kita memang kenal pendirian mereka”?

“Mungkinkah kehendak DAP lebih utama daripada tanah negeri Pahang dan maruah UMNO Pahang?” soalnya lagi.

Tegasnya lagi, UMNO perlu membuktikan walaupun sudah berkahwin secara politik tetapi kuasa orang Melayu masih tidak hilang dalam isu pencerobohan tanah tersebut.

“Semestinya, besar harapan kita agar UMNO terus berpegang dengan pendirian mereka sebelum ini. UMNO perlu membuktikan bahawa kuasa politik orang Melayu tidak hilang ditelan DAP. Jangan dicabul kedaulatan negeri dan hak rakyat hanya kerana ‘cintakan’ DAP.

“Pemimpin dan penduduk yang telah dinafikan hak perlu bersatu melawan pencerobohan ini. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok