Selepas dipecat Pengerusi UMNO Johor, Hasni umum tanding jawatan Naib Presiden

February 4, 2023 · Politik

Datuk Seri Hasni Mohammad hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu dipecat selepas pembersihan diumumkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan beberapa pemimpin utama parti itu dipecat dan digantung baru-baru ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan bagi memantapkan parti.

“Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini. Saya percaya ramai tokoh lain termasuk penyandang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mempertahan dan bertanding jawatan itu.

“Atas semangat untuk terus menyumbang bakti kepada parti pada semua peringkat, maka saya tawarkan diri untuk bertanding,” katanya lapor Bernama.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut, berkata UMNO masih parti yang relevan terutama dengan jangkaan hampir 10 pemimpin dijangka menawarkan diri mempertahan dan bertanding jawatan Naib Presiden.

“Dikatakan ada 10 penjuru pertandingan jawatan Naib Presiden (sekali gus) membuktikan walau apa jua dikata orang terhadap UMNO termasuk ditolak masyarakat dan tidak relevan, namun ia terus jadi pilihan.

“Saya melihat ramai pemimpin yang tampil untuk tawar diri itu adalah petanda positif untuk parti dan beri gambaran pimpinan UMNO tidak tinggalkan perjuangan parti,” kata bekas Menteri Besar Johor itu.

Semalam, Mohamed Khaled yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi turut mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO 2023.

Pada 27 Jan lepas, Hasni digugurkan daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, selepas menjawat jawatan itu sejak 2018 dan digantikan dengan Mohamed Khaled.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery
June 19, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
10 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok