Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah

February 3, 2023 · Isu semasa

Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Relau dekat Bandar Baharu susulan hujan lebat lebih dua jam bermula kira-kira 3 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata 14 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Relau, pada 7 malam tadi, menurut laporan Bernama.

“Hujan lebat telah menyebabkan beberapa kawasan di Mukim Relau dinaiki air hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melakukan pemantauan paras air sungai dan mendapati beberapa jalan perhubungan di Mukim Relau turut terputus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa di PPS turun sedikit kepada 846 orang setakat 8 malam ini berbanding 897 orang pada 2 petang tadi.

Daerah Batu Pahat yang mengalami banjir termenung merekodkan jumlah mangsa seramai 820 orang yang ditempatkan di lima PPS, manakala 26 mangsa ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat kepada 180 orang malam ini berbanding 97 orang petang tadi dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan St Peter serta Dewan Kampung Mundai.

Di SABAH, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini turun kepada 285 orang daripada 81 keluarga dan berada di tiga PPS berbanding 535 orang daripada 165 keluarga di sembilan PPS pagi tadi.

Kesemua PPS di Beluran telah ditutup pada 7 malam tadi manakala di Telupid sebuah PPS turut ditutup pada 2 petang.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok