Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low

February 3, 2023 · Isu semasa

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping yang mengendalikan akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak menafikan bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Penafian itu dibuat Ging Ping Semasa disoal balas peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika memberikan keterangan terhadap Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Shafee menyoal Ging Ping berhubung cadangan supaya tiga akaun peribadi Najib ditutup dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmBank ketika itu, R Ashok kerana ‘tidak selesa’ dengan akaun berkenaan, menurut laporan BH hari ini.

Muhammad Shafee: Apa yang Ashok fikirkan sehingga mahu menutup tiga akaun perdana menteri ketika itu?

Ging Ping: Ada banyak isu dengan akaun itu, antaranya kemasukan dana yang besar dan pengeluaran yang melebihi baki dalam akaun.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan, Ashok seorang pegawai yang telus dan mematuhi peraturan, oleh itu jika butiran akaun itu terdedah, kamu takut kerana akan didapati bekerja dengan Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho).

Joanna: Tidak, saya tidak bersubahat dengan Jho Low.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan, kamu dipecat (daripada Ambank) adalah kerana tindakan kamu yang bersekongkol dengan pihak ketiga.

Ging Ping: Tidak setuju.

Muhammad Shafee: Kamu dipecat kerana menerima arahan dan meminta kelulusan berhubung urusan hal ehwal akaun daripada pihak ketiga yang tidak diberi mandat.

Ging Ping: Semua pihak sedia maklum bahawa pihak ketiga dalam urusan akaun adalah Jho Low, tetapi saya tidak memiliki dokumen bertulis daripada Najib dan Jho Low mengenai perkara itu.

Ketika membela diri dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib berkata, beliau terkejut mengapa pihak AmBank (Joanna) berurusan dengan Jho Low sedangkan ahli perniagaan dikehendaki polis itu tidak pernah diberi kuasa berkaitan urusan dengan akaunnya.

Katanya, beliau tidak diberitahu mengenai Jho Low mengarahkan Ging Ping mendapatkan kelulusan bagi menggunakan nama lain untuk ketiga-tiga akaun dan tidak tahu mengapa bank mengambil arahan daripada seseorang yang tidak diberikan kuasa untuk berurusan dengan akaunnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Selasa ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok